Ini kali pula aku mahu sharing sama kamurang mengenai bangsa aku plak.. Di Beaufort majoriti bangsa yang ada di saana ialah bangsa Bisaya.. aku ni sikit-sikit jak pandai cakap.. Tapi aku paam sangat kalau ada orang gia bisaya depan aku ! haha ^^ itu law aku paam sangat-sangat.. iyala.. mestilah kita bangga dengan bahasa kebanggaan masing-masing ! haha , ok Jom kita baca lagi dari mana asal-usul bahasa bisaya ni.. kalau di ikut banyak ni maw d copy paste tapi tajuk utama aku kan menhgenai bahasa aku.. so , ini sajalah yang aku ble sharing saja ya!
B I S A Y A
Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.
Sejarah bangsa Bisaya
Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.
Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (P’o-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai seorang Muslim.
Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.
Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya(Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.
Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.
Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah keBarunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.
Sumber Rujukan : Wikipedia Bahasa
so inilah asakl-usul bisaya , patutlah ada anak bisaya muka macam cina.. Fuuhh , untungkan ?? hahaha ^^
No comments:
Post a Comment