Wednesday, 26 December 2012

- Lama tak walking d Blog.. -

Assalammualaikum WBT..

Lama x Update blog oww.. bz & lama x tOp up BROADBAND sbnrnya ~ hahaa.. berbagai perkara berlaku sepanjang 2 bulan aku x mengUPDATE  BLOGGER aku ni..
apa Pon.. myHby da abis Latihan,, skg kena Posting kat Bukit AMAN.. kena berjauhan Tp xpalaaa . Ini salah satu ujian dari Allah swt juga..

Pertengahan december.. saya dan my family & kazen wif her husband & my auntie wif her husband ada vacation kat Kundasang , Ranau.. di Bumi ALLAH yang indah.. Pemandangan yang amat cantik dan sangat menenangkan minda dan HATI.. (sEsuai utk Honeymoon utk yg pas Kawen) .. huhuuuu ^^v

Nanti aku update Picture sepanjang percutian tu plak.. Mesti kamurang JeLesssss :)

oklaaa .. xoxoxoxox.. babai...

Sunday, 4 November 2012

FACEBOOK

Salam isnin yang indah.. Assalammualaikum Wbt , baru betul.. Hari aku selongkar fb aku yang mula dari Januari 2012 , aku maw paDam post yang bikin panas , yang x baik tuu ma ngan yang menyakitkan hati orang.. Subhanallah , punya banyak post aku yang x baik.. so aku padamlah.. syukur.. post aku hari ni..

jaatnya jari yang menaip status yang boleh mengAIBKAN org.. kalau dulu-dulu org bilang , mulut yang jaat... sekarang hanya menaip Fitnah boleh tersebar ngan cePat .

haha.. inilah yang aku buat hari ini.. aku pon malas sudah maw main faceBook ni.. macam bikin semak otak saja ba.. hahaa.. ini kali la.. lagi plak macam-macam yang nonsense saja ba.. haha d Blog ni walaupon x banyak follower sekurang-kurangnya ada jugala kalikan membaca.. xpalaaaa.. sharing is caring ba kan.. hahaa..

kadangkala bila aku baca aku balik post-post aku tak tentu.. ya Allah , teruknya aku . hmm nasib baik la aku rasa maw padam tuuuu semua.. ^^ hahaha.. k, laaa babai...

Thursday, 1 November 2012

Tiga Suara !

1St time dengar lagu ni di Radio..aku xla syok sangat ma gabungan tiga suara . Tapi tiba-tiba dengar lagu ni aku plak jatuh cintaaa.. walawwweiiii , smart gtuuu doh , hahhaa ^^ 



Kau katakan padaku
bBetapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

Wednesday, 31 October 2012

Kesilapan yang terbaik buat diri kita..

Assalammualaikum Wbt..

Hari ni aku asyik terpikir tentang kesilapan lepas aku terbaca satu entry dari blog seseorang.. Syukur alhamdulillah kita masih lagi di jalan yang betul.. adakalanya manusia menjadi yang alpa atas apa yang mereka miliki.. Namun itu semuakan milik Allah.. Hari ini dia pinjamkan kita segala-galanya.. Dia berikan kita kesihatan, rezeki,kegembiraan dan bermacam-macamlah..Manusia zaman sekarang ni berbagai ragam, tapi baguslah diam saja sebab kalau dipikir ada manusia ni x suka orang itu orang ini padahal 2x5 saja pon perangai..

Dalam kehidupan ini , sekejap kita di atas sekejap kita di bawah.. tak perlu kita maw sombong.. takbur dan apa-apa sajalah kan.. hahha walhal apa yang kita ada bukan milik kita selamanya..

Tuesday, 30 October 2012

Kekurangan Vs Keburukan ?

Aku kan tol-tol heran ma sikap aku ni.. Mudah terasa ngan apa yang orang cakap.. kadangkala ntahla semua buruk la kali aku ni dimata orang.. aku ni since my mama pass away , berbagai dugaan yang aku lalui.. Aku ingin dikasihi dan disayangi , iyaLaa kan.. sebelum ni ada orang TUA layan aku mcm apa saja.. tu la ngkaLy aku ni kEras kepala, degil , keras hati dan apa-apa jak la.. Ya Allah, hapuskanlah perangai aku yang tak baik.. sakit jantung aku memikirkan. kadang-kadang aku realize yang aku ni ada sedikit ego.. haha ^^ x maw mengalah tapi ada c hby yang selalu tegur perangai aku ni.. syukurla.. aku pon ada rasa sedikit perubahan . hahaha ! Memikirkan akan kekurangan aku ni macam-macam aku rasa ba.. sakitnyaaaa HATI ngan diri sndiri.. Tapi aku takutlah plak karang kebal tak tentu pasal sanalah aku jadi manusia Kuarang ajar dan tak ada hati Perut.. sebenarnya.. aku Rindu ba ma hby aku ni.. dia ctaw aku tadi dia ampus ba.. adeyy , mcmna ni... RISAU tol ba aku. Ya ALLAH, Peliharalah dia dari segala musibah dan berikanlah dia kesihatan yang berpnjangan !

Monday, 29 October 2012

Walking On My Blogger

Awal pagi aku dah bangun untuk update blog aku ni.. sbb sok-sok dah tak dapat nak online suda.. harap abg saja ni untuk top up ni broadband (kami guna broadband weekly sbb jarang guna jugakan).. Hahaha ^^V . Hmm.. hahhah pagi-pagi tadi c hbyku membangunkan aku.. naahh ary-ary macam tu la dia . rajin sangat membangunkan aku.. tapi apa pon aku mesti sabar jugalah.. mudah-mudahan nanti dia adalah dia cuti sebelum kena posting apa-apa.. hahahaha.. ada orang plak suka sangat kan sibuk hal hidup aku ni tapi tak plak sedar diri yang jhidup durang pon berentakan ! tapi  biarlah, ada aku kisah. Sbb tak da beza juga bah kan dengan diri sendiri. aku ni kepuasan sudah kena cakap-cakap.. haha tapi Allah tu maha Adil.. dia dah tunjukkan kat manusia yang suka jaga tepi kain lap orang lain tu ba.. itulah makanya jangan suka cari masalah. jangan pikirla perasaan sendiri.. hahaha Opsss terlebih sudah aku.. !!

TeRingat plak aku masa buat cheesse cake ngan c kalid.. itu Kek adalah kek pertama yang aku buat tapi atas tunjuk ajar c kalid budak cumil , huhuhu ^^ TQ kAlid !! ajar kakak buat cheesse cakee! 

Next Week Birthday my dad !! 8/11/2012 ~ BOAA Kemungkinan kami sambut di kinarut tapi setaw aku bapa aku kurang suka sambut hari jadi ni , hahahaaa ^^
Tapi law mcm buat mcm doa selamat kaa.. hmmm . 

Check iT ouT !!






Oku Ulon Bisaya

Ini kali pula aku mahu sharing sama kamurang mengenai bangsa aku plak.. Di Beaufort majoriti bangsa yang ada di saana ialah bangsa Bisaya.. aku ni sikit-sikit jak pandai cakap.. Tapi aku paam sangat kalau ada orang gia bisaya depan aku ! haha ^^ itu law aku paam sangat-sangat.. iyala.. mestilah kita bangga dengan bahasa kebanggaan masing-masing ! haha , ok Jom kita baca lagi dari mana asal-usul bahasa bisaya ni.. kalau di ikut banyak ni maw d copy paste tapi tajuk utama aku kan menhgenai bahasa aku.. so , ini sajalah yang aku ble sharing saja ya!




B I S A Y A


Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus.

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.

Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.


Sejarah bangsa Bisaya

Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (P’o-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai seorang Muslim.

Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.

Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya(Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.

Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.

Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.

Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah keBarunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah.


Sumber Rujukan : Wikipedia Bahasa

so inilah asakl-usul bisaya , patutlah ada anak bisaya muka macam cina.. Fuuhh , untungkan ?? hahaha ^^

Tempat kelahiranku yang tercinta Beaufort, Sabah

Aku lahir di sabah dan aku bumiputera di bumi yang bertuah ni.. tempat tinggal aku ni banyak tempat menarik tahu :) antaranya yang saya boleh katakan di kawasan Beaufort iaitu di Zon Klias ada banyak resort tahu . Resort tu resort tempat pelancongan bagi sesiapa yang hendak melihat bayau atau nama saintifiknya Probosics. 

sebagai rasa cintaku tempat kelahirangku ni dibawah ni ada wallpaper i Love Beaufort



Mari kita baca asal-usul sabah , rugikan kalau kita tak tahu apa asal-usul tempat kelahiran kita :)



Beaufort bererti "kota yang indah" dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit.

Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar.

Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3.

Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah.

Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.



Lokasi Beaufort mengikut Peta





KAWASAN BEAUFORT






Hanya ini saja dapat aku paparkan mengenai tempat kelahiranku , akan datang plak mungkin pasal Bangsa yang terdapat di Beaufort :)

Terima kasih kerana membaca ya.. semoga memberi manfaat kepada kita semua .. 
ASSALAMMUALAIKUM WBT..



Sayang - Shae :)

1st time dengar lagu ni aku langsung tak tertarik.. haha tapi lama-lama dengar liriknya best juga kan dengar sebab aku dengan c hby aku selalu gaduh haha ^^ yala kan kami jauh terpisah oleh lautan.. (UISEHHH , KUNUNLAAA) tapi sabar , kalau kita sabar Jodoh itu pasti ada janji perangai tu bagus-bagus la ba kan.. jgn bertindak macam Orang gila (aku pernah melalui pengalaman tidak matang, haha aku membuat sesuatu tanpa banyak berpikir ! haha ^^


 ohyaaa.. jom kita dengar ni lagu yaaa ! happy nice day yaa!


 




Lirik : 


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku


Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu


Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Cantiknya Glitter ku

jom kita main Glitter lagi..aku suka main ni glitter dulu masa main frienster.. hahah , jom check it out !!! ( sukaty akulah kan nak buat apa , blog aku , so aku punya sukaty la baaa kan ????? ) 1)
Glitter Text @ Glitterfy.com #cantik tak aku punya glitter ?? haha ^^

HoBiku BerMula Lagi

PerCubaan Pertamaku Bermain Glitter :) Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

kEh!DuPaNku YaNg Ter!nDah ~

hai , semua :)
lama tak update bLog ba kan ? gari nak cuba bermacam perkara .. just try sajalah.. sebab boRing ba.. haha ^^ aku suka sangat edit gambar tapi sejak lappy (1malaysia) Rosak , malas suda aku nak berEdit image ni , inda ku berkarih (bahasa pasar) ~ hahahaha.. alahai.. aku ni law suda boring maw taip apa pun aku lupa sudah.. ohya.. nak tahu tak ? aku sayang sama hby aku , dah 4 tahun kami bersama :), semoga hubungan kami berpanjangan , insyaallah kerana aku mencintai dia kerana Allah swt . law akui ni tak serius ngan dia dah lama dah kami clash n then aku plak dah busy cari orang lain lagi.. hahahaha ! tp alhamdulillah kami masih lagi bersama walaupun bermacam dugaan yang datang dengan kami.. Mungkin semua ini ada hikmahnya.. Kadangkala kita ini macam susah sangat menerima seseorang kan ? yala takut perkara bukan-bukan terjadi.. sebenarnya kita ini tak payah sibuk sangat peduli hal orang bah kan sebab takut terbalik sama diri-sendiri..
 haha



Tuesday, 23 October 2012

Rahsia Tuhan

Tidak seharusnya aku menyatakan tentang Perkahwinan pada usia yang belum mempunyai apa-apa harta ini.. boaa.. bahaya juga apa yang aku pikirkan ni kan.. kadangkala ada rasa dengki juga maw kahwin (x baik dengki bah kan) tapi aku terpikir juga nbuat apa kahwin kalau tiada komitmen lagi. haha^^ apa pon jodoh itu Rahsia Allah SWT.. semua apa yang terjadi dalam hidup kita adalah dari dia.. tapi Doa itu.. Doa itu kan penawar segala-galanya.. ada kalanya bila aku teringat sesuatu malu pon aku rasa ada.. n sakit hati pon ada juga ni.. kadangkala aku mahu berhenti daripada semua ni.. CINTA ? semua orang tahu kan ? Senang saja bah bercinta.. x pon susa.. haha ^^ mcm saya , opsss.. sayalah pulak.. bermacam-macam yang pernah terjadi ma aku.. aku hanya mampu berdoa.. kepada yang pernah terkata , tercakap , terburuk sangka , termarah, tersakit hati dan semua Terrrrr la kan.. semoga mereka semua sedar suatu hari nanti.. bagi yang suka mengata tu plak.. hati-hati takut terkata balik ngan diri sendiri , atau keluarga kan.. Ini bukanlah sebuah doa tapi peringatan sebab selalunya law kita sibuk jaa maw jaga tepi kain orang mesti akan terkena baik.. Palis-palis... Berbalik kepada soal Jodoh kita.. Adakah pada zaman moden ni kita masih lagi ada masalah cinta terhalang ? haha ^^ apakah punca cinta itu dihalang ? Adakah disebabkan faktor harta? Rupa Paras? Darjat? ataupun disebabkan perasaan Tak suka ? haha ^^ bahaya ba kan kalau begini.. tapi xpalah masing-masing ada sebab tersendiri juga ni.. huhu.. apa pon sabar la Wahai Hati.. Kalau benar dia Jodoh aku terima kasih Ya Allah.. Kalau tidak, apa boleh buat.. Terima kasih padaMu Ya Allah.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. apa pon.. terima kasih kerana membaca.. ini hanyalah coretan semata-mata.. indada kaitan sama kamurang.. ^^

Terukkah aku sebagai kawan kamu ?

Terukkah aku sebagai kawan kamu ?

hahaha ^^ syiokkan kita punya tajuk hari ini.. kadangkala hati ini terasa juga sama orang tertentu sampai ada yang menyalahkan aku atas apa yang terjadi dengan mereka. Keburukkan aku ini saja nampak kan ? tapi aku masih bersyukur aku masih ada kawan yang masih berhubungan baik dengan aku. Alhamdulillah.. kemungkinan betul juga kata orang , jangan terlampau baik dengan orangkan? Susah juga kan kalau terlampau baik ada plak yang salah tafsir ma aku. sampai ada yang mengatakan Bestkah kawan ma aku?? hahahaha ^^V.. penyesalankah tu ? biarlah kan.. ko memang baik sebenarnya tapi ntahla buruknya kan berkawan ma aku kenampakkan suda.. nasib la aku masih ada kawan baik.. mcm c dayah, adam n Pira.. yang lain tetap juga kawn baik aku ba tapi tu la jarang jumpa sebab masing-masing suda ada komitmen.. insyaallah jumpalah ni nanti.. satu masa nanti aku maw jumpa seseorang utk selesaikan sesuatu. aku maw tya dia tentang apa dia kata ma aku.. sebabnya dia kawan aku sejak kecik lagi.. hahaha ^^ , buat apa takutkan lebih baik aku bertanya ? dia tak tahu apa yang sebenarnya terjadi kan.. hahahaha ^^ . hm..  owyaa.. hahahaha ^^

Lantakkanlah kan.. haha janji aku happy dan senang hati..
hahahaha ^^

apa pon aku rindukan semua kawanaku....... :)

Sunday, 14 October 2012

Hari-Hari ku Tanpa Mereka..

Aku rasa mcm down jak sekarang.. tak tahulah kenapa.. maybe sebab something-something nonsense yang terjadi kot menyebabkan aku mcm ni.. aku Malas maw pikir.. Law ada org x suka aku , or Benci aku.. biarla.. aku tension.. laptop aku Rosak lagi.. saNa ada banyak gambar.. sadnya aku.. :(
BIARLA KANN.. mungkin ada hikmah sekarang ni.. hm , aku mcm xkisah tp macam kisah kan ? sebenar-benarnya aku langsung x kisah.. aku jadi macam ni pun sebab lain.. aku hairan waa.. napa ada manusia mcm x puas aty ma aku.. kalu ada dikalangan yang x suka aku.. apa boleh buat nasip badan kamurang lah sebab aku xkan rugi.. coz, inda kan aku MAMPUS law aku hilang "SESUATU" , (haha , ini kaly la aku baa).. aku still ada yang lebih memahami aku.. aku minta maaf kepada kawan baik aku c SFID.. (bukan nama sebenar).. AZM juga , NHS la juga.. durg ni paling jarang aku jumpa tapi sangat memahami aku malah.. durg semua ni lebih muda dari aku.. (muda bulan jak ponn,, c NHS saja muda tahun) ~ haha.. apa pon sabar la wahai hatiku , haha ^^V DID I CARE KA ??
ingat kamurang ada semua tu aku kisah ? aku xlah suka sangat ma manusia yang semacam ni even aku taw ada yang TAK SUKA AKU.. Law ada sepa yang x suka aku tuu , x ingin berkawan sama aku tuu, lantak kamurangla.. paam2 sendiri la yaa ?? aku sayang kawan-kawan akuuu mention tu.. hopefully durg bahgia juga mcmna durg maw tinguk aku bahagia <3 , LOVE U ALL , HAHA^^v
Bosannya aku.. hmm ^^V , aku Rindu ma kawan-kawan aku ba plak.. sangat-sangat..
ada call tadi , tp aku x jawab.. minta maaf seBaB aku teda Krdt.. nanti kita conTact balik kalau suda aku owkey.. aku xmaw g susah kawan-kawan aku lagi.. Cukup cukup sudah..
haha^^ aPa Pon.. tq yaa sebab membaca ! hahahaa..

Friday, 12 October 2012

My Late Mother

Tak lama lagi 18/10/2012 akan menjelma.. itulah tarikh arwah mama aku meninggalkan kami semua.. dia meninggalkan kami lima adik beradik.. by the way , itu sudah kehendak Allah SWT.. Bermakna dah 8 tahun dia meninggalkan kami.. Al-Fatihah.. Mama menghidap penyakit Kanser Paru-Paru.. kanser paru-paru ini memang susah maw taw kan awal kedatangannya ke tubuh badan kita.. MALAS la nak bercerita panjang lebar ba.. haha ^^ , yang hidup mesti diteruskan.. tak guna juga kalau kita bersedih kan.. apa pon , aku sayang mama aku , mama ida , mamy , mama dan sepa-sepa jak la yang aku panggil IBU.. aku sayang kamu SEMUA..






Today In My Life

Hari ni hari jumaat.. hari pemalas aku.. haha ~
Actually, aku rindu ma someone ba that i call hby ..OhMySelf ( Hahaha.. ayat tuu ba).. kami ni jaP gaduh.. jap Owkey.. tp xpalaa.. i know he's really love me .. everyday he said to me taw.. awww.. gatalnya saYa.. hahaa.. apa Pon.. memanG aku rindu gila sama dia..tp malas maw cakap sama dia jak ba.. hihi^^..
"Hby , iMIissYou Like Buyun-Buyun ba"

hmm.. apa nak taip ahri ni erk... haha ^^ xpala.. aku nak upLoad pic  dialah.. tp dari belakang jak.. ini saja pic ak ada.. biar pun suda empat tahun kami BerLove (bahaya ini yat taw) tapi susah maw bergambar berdua hahaha ^^V


# Dia langsung tidak mengetahui aku ambil gambar dia ~ haha^^V #


Tak lama lagi dia akan balik sini tapi tak lama :(
sabar jaklah wahai hati...

By Me : Tyna Shinohara


Thursday, 11 October 2012

Sakitlah Sangat !

Masuk hari ni suda hampir seminggu sudah aku sakit kaki la.. sakit badanlah.. demam la.. selsema la .. (Eh , bukan sama kah tu ?? ) hm aku pon xtaw naPa asyik sakit saja ni.. aduyai.. Pening ba aku... sakit OTAK..
Napalah semua ni jadi.. hari nimplak mata aku beLah kanan asyik kenyit-kenyit jak.. (Kata orang dulu-dulu kemungkinan ada perkara tak baik berlaku ataupun.. kita mungkin akan menangis) alaaa.. x maw baaa.. tp buat apa maw percaya...

oWyaa.. masuk hari ni da 11/10/2012 Bermakna tak lama lagi sampailah tarikh emak kandung aku pergi meninggalkan kami selama 8 tahun.. (jgn pikir bukan-bukan k , dia dah meninggal dunia sejak umur aku 13 tahun lagi) aku sangat rindukan dia ba.. hm awal sangat dia tinggalkan kami semua.. tp kan ini semua takdir.. tiada siapa dapat menolak kan kalau sudah takdir.. setiap yang hidup akan kembali juga kepada-Nya..
semoga yang Ibuku ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..

My Youngers Brother


Hai semua !
nakal x ?? hahahaaa ..



ini adalah adik lelaki aku yang bungsu.. sangat comil kan ? tp tinguklah.. naughty sangat kan? hahhaha 
nama dia ialah Rayyan Azrin.. Lahir 26/06/2011 , lahir di sebuah kLinik kat Luyang.. akan datang saya ceritakan pasal my younger sister plak ~

Wednesday, 10 October 2012

By Me , My Love & Mine

Assalammualaikum ~

ini adalah Blog saya yang ke2 ~ Just Like Me~
tapi ni Blogger aku yang personal la.. about my Life.. My Family.. My Love.. My Friends :)
my name is Tyna, CUKUPLA ya dikenali sebagai nama Pena saja buat semua ..
saya tinggal disabah.. saya mempunyai 8 orang adik-beradik.. dua perempuan dan enam lelaki.. saya berumur 21 tahun.. hahaha ~

ni gambar diambil dalam kereta.. masa on the way g uma mama.. haha ~ Chubby kan ?

apa pun.. harap semua gembira baca semua nukilan saya pada masa akan datang nanti ya ! (Y) buat semua..
haha 

Nama : Tyna
Tarikh Lahir : 14/02/1991
tempat tinggal : Beaufort, Sabah
Hobi : melayari internet
perkerjaan : tanam anggur
artis kegemaran : kpop, mltr , air supply, beyonce, alicia key, anuar zain, ct, maher zain &etc
warna kegemaran : pink , hitam & putih 
Insan Tersayang : JOJO (no secret)

sekian tu sajaLah biodata saya dapat kasih.. hahah ~